Monday, July 6, 2009

Ada apa dalam hati ku..

Monday, July 6, 2009
Aku mencari-cari makna kehidupan. Adakah aku akan terus mencari makna sesebuah kehidupan. Adakah aku akan menemui kehidupan tersebut. Suatu persoalan yang sukar. Pilihan ada ditangan aku sendiri. Pilihan yang menentukan kehidupan aku. Hidup dan mati adalah salah satu pilihan. Hidup dalam kekosongan yang tidak tenteram dan jiwa yang bermasalah. Mati meninggalkan semua pelbagai masalah tapi adakah itu jalan penyelesaian. Hati ku tak pernah tenang dan perasaan yang mampu membuat orang menjadi gila. Aku tak tahan dengan kehidupan begini. Aku ingin menjalani kehidupan seperti orang lain. Ingin ku luahkan segala-galanya dalam hati aku tapi aku tak mampu buat begitu. Seolah-olah hati ku melarang membuat begitu. Aku simpan semuanya di dalam hati aku. Entah bagaimana meluahkan perasaaan dan ketidak tenangan dalam hati aku. Adakah dengan menulis di blog, aku mampu mengimbangi rasa luahkan aku. Penat dengan segala macam masalah yang timbul. Segalanya berpunca dari aku sendiri. Aku telah membuat pilihan suatu ketika dulu, dan tiada maknanya aku menyesal.

Kadang-kadang aku ingin melarikan diri aku dari masalah tapi itu bukan cara aku. Sebab aku tahu masalah tetap akan timbul dan muncul dalam kehidupan aku. Aku keliru dan tak tahu bagaimana lagi. Aku dah tak boleh buat keputusan lagi. Aku keliru dengan semua perkara. Pendirian aku dah goyah. Pedoman aku dah hilang. Perasaan aku dah kucar kacir. Hidup aku turun naik. Keinginan aku pudar. Keghairahan membuat sesuatu perkara dah berkurangan. Senyuman aku yang kian hilang. Kesedihan yang kian nyata. Dunia aku yang penuh suram dan sentiasa hujan dan mendung. Hidup aku seolah lagu yang hilang rentaknya. Aku semakin tertekan dan perasaan aku semakin murung. Kenapa aku menjadi begini? Dalam diri aku penuh dengan persoalan. Adakah aku telah berubah kepada seseorang yang mempunyai masalah mental. Adakah ini akibat dari mendengar masalah orang lain sehingga menjangkiti diri aku? Sesuatu perkara yang sukar diterima bagi diri aku.

Kemana hilangnya diri aku yang dulu. Seorang yang penuh passion dan fikiran positif. Seorang yang sentiasa melakukan kejutan. Seorang yang happy go lucky. Seorang yang mempunyai impian dan tanggungjawab dalam kehidupan. Seorang pemikir dan penyelesai masalah. Seorang yang simple dan easy friendly. Adakah aku melalui proses kematangan second stage? Suatu persoalan yang sukar aku ungkaikan. Sekarang, keinginan dan kemahuan dalam kehidupan aku semakin samar. Seolah-olah aku meraba dalam gelap. Kemana arah hala tuju aku? Siapa aku yang sebenarnya? Kenapa aku keliru dengan semua perkara? Apa pilihan yang terdapat pada aku? Adakah ini kehidupan aku?

Hati aku penuh dengan pelbagai masalah dan kemurungan. Adakah aku perlu jumpa pakar dalam pemasalahan ini? Adakah aku perlu menyembunyikan diri aku dari segala macam masalah buat seketika dan pergi merantau mencari ketenangan dalam diri aku. Entah apa jalan yang terbaik dalam diri aku. Ada hikmah kah disebalik semua masalah yang berlaku pada diri aku. Aku betul-betul keliru dengan semua ini. Aku cuma mahu menjalani kehidupan yang tenang. Kalau boleh, aku ingin menjadi halimunan dalam kehidupan semua orang. Tiada yang tahu, tiada yang peduli, tiada yang mencari dan tiada yang nampak aku melainkan seseorang. Aku cuma mahu senyum dan kebahagiaan dan kegembiraan aku dan bersama seseorang. Itu saja yang aku mahukan dan ianya cukup simple. Cukuplah dengan segala masalah yang ada.

Aku dah sedaya upaya tabah menjalani kehidupan aku yang sekarang. Kehidupan yang aku tak pernah sangka dan bayangkan dalam hidup aku. Apa yang perlu aku lakukan hanya bertahan dan sehingga aku tak mampu lagi menahan perasaan dalam hati aku. Oh Tuhan, cukup sudah masalah yang Kau beri pada ku. Rasanya tak mampu lagi aku menanggung masalah yang Kau berikan. Ringankan dan kurangkan segala masalah yang Kau berikan. Amin.

0 comments: